Getah silikon
Getah silikon

Getah silikon

Getah silikone ialah suatu elastomer (bahan seperti getah) terbitan silikone, dan merupakan suatu polimer silikon bersama-sama karbon, hidrogen dan oksigen. Getah silikone banyak digunakan dalam industri, dan ada pelbagai jenis. Getah ini mungkin mempunyai bahan tambahan untuk menambah baik ciri-ciri serta mengurangkan kos. Getah silikone lazimnya tak reaktif, stabil dan tahan dalam persekitaran melampau serta suhu berjulat −55 hingga 300 °C (−70 hingga 570 °F) sambil mengekalkan ciri-cirinya. Dengan ini serta mudah dikilang serta diangkut, getah ini digunakan dalam pelbagai bidang seperti penebat wayar elektrik, komponen automotif, bekas simpanan makanan, pembinaan bangunan serta pakaian.